Cari:
Syria Perlu Manfaatkan Peluang Tamatkan Krisis
2016-02-02 14:21:22 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam menyeru pihak-pihak yang terlibat dalam rundingan damai di Geneva agar memanfaatkan peluang diplomatik ini bagi menamatkan krisis Syria.

Beliau turut mengecam siri serangan letupan yang berlaku di Damsyik pada 31 Januari lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi jurucakapnya, Ban menyeru kerajaan dan puak pembangkang agar mencapai persepakatan bagi memulihkan situasi kemanusiaan, melaksanakan peralihan politik dan mewujudkan gencatan senjata di negara tersebut.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa agar menepati komitmen bagi menggalakkan kemajuan dalam rundingan damai.

Utusan khas PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura dalam sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan puak pembangkang Syria di Geneva semalam berkata, rundingan pusingan baharu isu Syria telah dimulakan secara rasminya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China