Cari:
Pasaran China Penting, Berpotensi
2016-02-04 16:40:36 CRI Cetak

Pasaran China dianggap penting dan berpotensi besar oleh kebanyakan syarikat Jepun, yang merupakan sumber pelaburan penting bagi China.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM), Shen Danyang semalam.

Menurut statistik MOFCOM, setakat penghujung tahun 2015, bilangan syarikat Jepun yang ditubuhkan di China mencatat hampir 50 ribu buah, dengan pelaburan sebanyak USD 101.82 bilion, sekali gus menjadikan negara itu sumber pelaburan ketiga terbesar bagi China.

Bagaimanapun, pelaburan Jepun di China menurun sebanyak 38.8 peratus pada tahun 2014 dan 25.8 peratus pada tahun 2015.

Shen berkata, pelaburan Jepun di China bermula lebih awal, maka kebanyakan syarikat besar Jepun sudah mempunyai cawangan di China, dan memperoleh manfaat ekonomi yang memuaskan.

Syarikat Jepun tersebut, yang kini lebih menumpukan perhatian pada peningkatan faedah ekonomi cawangan di China, telah memperlahankan pertambahan pelaburan mereka buat sementara.

Seiring dengan penyertaan aktif syarikat negara-negara lain di China dan perkembangan pesat syarikat tempatan, maka persaingan dalam pasaran China semakin sengit.

Keadaan ini menyebabkan sebahagian syarikat Jepun terpaksa berundur daripada pasaran China.

Menurut kaji selidik Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO), syarikat Jepun merancang untuk meningkatkan jumlah pelaburan di China.

Syarikat-syarikat Jepun di China amat optimistik terhadap pelaburan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China