Cari:
Penasihat Tentera Rusia Maut dalam Serangan IS
2016-02-04 13:45:02 CRI Cetak

Seorang penasihat ketenteraan Rusia yang sedang melaksanakan misi di Syria terbunuh akibat terkena bedilan meriam mortar yang dilancarkan kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 1 Februari lalu.

Menurut maklumat daripada Kementerian Pertahanan Rusia, penasihat ketenteraan Rusia tersebut ditugaskan untuk melatih tentera kerajaan Syria menggunakan senjata baharu berdasarkan perjanjian kerjasama teknikal ketenteraan kedua-dua pihak.

Rusia mula melancarkan serangan udara terhadap sasaran IS di wilayah Syria pada 30 September lalu.

Menurut Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu, antara kemudahan yang dijadikan sasaran dalam serangan udara itu termasuklah kelengkapan ketenteraan, kemudahan telekomunikasi, kenderaan serta gudang senjata dan bahan bakar.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China