Cari:
Persembahan Sempena TBC di Bangkok
2016-02-08 16:43:20 CRI Cetak
Persembahan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan China(MCPRC), Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, dan Kedutaan Besar China di Thailand diadakan di Pusat Kebudayaan Cina, Bangkok semalam.

Aktiviti yang telah diadakan 12 kali sejak 2004 ini menyajikan persembahan oleh rombongan seni China, dan diserikan dengan kehadiran pegawai kanan kerajaan serta media kedua-dua negara.

Penolong Pengarah Jabatan Perhubungan Luar MCPRC, Wang Chen mengimbas kembali sejarah hubungan diplomatik China-Thailand yang terjalin 40 tahun lalu. Beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dengan bahasa Thai, dengan harapan agar persahabatan kedua-dua negara kekal abadi.

Duta Besar China Ke Thailand, Ning Fukui yang turut hadir telah memperkenalkan kemajuan dalam kerjasama antara kedua-dua negara yang melibatkan pelbagai bidang termasuk pelancongan dan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa China dan Thailand perlu terus memperkasakan kerjasama dan memanfaatkan kelebihan yang saling melengkapi untuk menjadi model pembangunan saling menguntungkan yang boleh dicontohi negara-negara lain.

Persembahan selama dua jam yang merangkumi pelbagai bentuk seni China, termasuk opera Peking, pertunjukan boneka, tarian dan akrobatik ini, berlangsung dalam suasana penuh meriah.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul dalam temu bual bersama wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) menyatakan bahawa persembahan ini mendapat sambutan ramai tahun demi tahun. Selain Bangkok, aktiviti serupa turut diadakan di bandar-bandar utama lain di Thailand. Persembahan ini juga menandakan pertukaran dan kerjasama kebudayaan antara China dengan Thailand semakin erat.

Dengan kedatangan tahun 2016 yang merupakan Tahun Monyet dalam kalendar imlek Cina, beliau berharap hubungan kedua-dua negara lebih dinamik. Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China