Cari:
Ban Ki-moon Bimbang Pelancaran Satelit DPRK
2016-02-10 13:40:28 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se di ibu pejabat PBB di New York semalam.

Ujian nuklear dan pelancaran satelit oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menjadi fokus perbincangan dalam pertemuan tersebut.

Ban dalam pertemuan itu berkata, ujian nuklear DPRK pada 6 Januari lalu dan pelancaran satelit dengan teknologi peluru berpandu balistik pada 7 Februari lalu merupakan tindakan yang menjejaskan ketenteraman dan juga mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB.

DPRK mengumumkan kejayaan ujian bom hidrogen yang pertamanya pada 6 Januari lalu. Ini merupakan ujian nuklear kali keempat yang dilakukan negara itu sejak tahun 2006.

Pada 7 Februari pula, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan bahawa DPRK berjaya melancarkan satelit cerapan bumi, Kwangmyongsong-4.

Beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa menyatakan kebimbangan terhadap tindakan DPRK tersebut dan menyeru masyarakat antarabangsa supaya bergabung tenaga bagi meredakan ketegangan di Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China