Cari:
China, AS Corak Masa Depan Hubungan Bilateral
2016-02-22 17:48:08 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying mengumumkan bahawa Menteri Luar China, Wang Yi akan melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) bermula pada 23 hingga 25 Februari ini atas undangan Setiausaha Negara AS, John Kerry.

Hua memaklumkan, Beijing berharap agar kedua-dua negara dapat mencorak masa depan hubungan bilateral melalui interaksi peringkat tinggi, dialog secara berkala dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang serta menangani isu-isu sensitif secara konstruktif menerusi lawatan kali ini.

Mengenai isu nuklear di Semenanjung Korea, Hua berkata, Menteri Luar, Wang Yi akan mengulangi komitmen Beijing untuk terus memberikan sumbangan dalam usaha membebaskan semenanjung berkenaan daripada senjata nuklear, memelihara keamanan dan kestabilan di rantau itu serta menyelesaikan sebarang isu melalui dialog.

Ketika memperkatakan isu Laut China Selatan, Hua menyatakan bahawa Beijing berharap agar Washington mengambil pendirian berkecuali dalam isu pertikaian wilayah berkenaan, berhenti membuat spekulasi dan tidak mencetuskan ketegangan di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China