Cari:
Pengintipan AS "Tenterakan" Laut China Selatan
2016-02-23 14:39:49 CRI Cetak

China menuding jari terhadap Amerika Syarikat (AS) atas tindakan negara itu yang sering kali melakukan pengintipan di kawasan perairan Laut China Selatan sebagai punca utama rantau berkenaan "ditenterakan".

Kecaman itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam, berikutan kritikan AS terhadap tindakan Beijing menempatkan sistem peluru berpandu di Pulau Yongxing sebagai "menenterakan Laut China Selatan".

Hua menegaskan, tindakan China melengkapkan kemudahan pertahanan di wilayah sendiri tidak ada bezanya dengan tindakan AS menempatkan kelengkapan ketenteraan di Hawaii.

Beliau mengecam pelayaran dan penerbangan pengintipan oleh AS sebagai perbuatan yang memuncakkan ketegangan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China