Cari:
China Bantah Kritikan Kertas Putih Australia
2016-02-26 14:38:01 CRI Cetak

China meluahkan bantahan terhadap kritikan yang dilemparkan pihak Australia menerusi Kertas Putih Pertahanan 2016 negara itu berhubung projek penebusgunaan tanah oleh Beijing, yang menimbulkan provokasi di Laut China Selatan. 

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian menegaskan bahawa projek penebusgunaan tanah di kawasan perairan berkenaan benar-benar dijalankan di wilayah kedaulatan China sendiri.

Mengenai kemudahan tentera China yang disebut dalam kertas putih tersebut, Wu menyatakan bahawa spekulasi pihak Australia itu tidak konsisten dengan fakta.

Beliau menekankan tujuan Beijing meningkatkan aset-aset pertahanan adalah untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara serta keutuhan wilayah, di samping menjamin pembangunan negara secara damai.

Ketika menyebut isu Australia bersekutu dengan Amerika Syarikat (AS), Wu Qian berkata, China berharap agar perkara tersebut tidak menyasarkan dan menjejaskan kepentingan pihak ketiga.

Tambah beliau lagi, tentera China dan tentera Australia, yang mempunyai kepentingan bersama dan peluang kerjasama yang luas di Asia Pasifik, sepatutnya meningkatkan komunikasi strategik dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang agar hubungan ketenteraan kedua-dua negara menuju ke arah yang lebih sihat dan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China