Cari:
Tumpuan Terarah kepada Gencatan Senjata Syria
2016-02-26 15:08:34 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengingatkan Russia dan Syria bahawa "dunia sedang memerhati", beberapa jam sebelum gencatan senjata dijangka dikuatkuasakan di Syria esok.

Obama menyifatkan beberapa hari akan datang adalah kritikal kepada gencatan senjata anjuran Moscow dan Washington, yang dipersetujui oleh Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pembangkang utama negara itu.

Persetujuan yang tidak membabitkan IS dan kumpulan militan lain itu menandakan desakan diplomatik terbesar untuk membantu menamatkan keganasan di Syria, namun berhadapan dengan keraguan selepas kegagalan usaha damai sebelum ini.

Anggota kumpulan 17 negara yang menyokong proses damai Syria akan bertemu di Geneva hari ini. Semua pihak berharap agar kejayaan gencatan senjata itu akan membawa kepada rundingan damai yang gagal di Geneva awal bulan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China