Cari:
FYP-13 Tumpuan Sidang Tahunan CPPCC
2016-03-03 14:43:29 CRI Cetak

Sidang ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dibuka tirai pada 3 Mac ini, sebelum perasmian sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada 5 Mac. Lebih 2,000 anggota dari pelbagai kalangan masyarakat menghadiri sidang CPPCC tersebut.

Jurucakap sidang tahunan CPPCC ini, Wang Guoqing dalam sidang media semalam berkata bahawa Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-13 (FYP-13) menjadi tumpuan sidang tersebut. 14 perbincangan panel dan sebagainya akan diadakan, dengan tiga sesi perbincangan khas mengenai draf FYP-13.

Para pemimpin negara akan turut mengambil bahagian dalam perbincangan panel pada 4 Mac. Sesi perbincangan khas juga akan diadakan dengan memberikan fokus kepada usaha mengatasi masalah kapasiti pengeluaran berlebihan dan mempercepat pembaharuan struktur pembekalan pada petang 8 Mac. Dalam pada itu, wakil-wakil kementerian dan usahawan akan dijemput untuk bertukar-tukar pendapat tentang para anggota CPPCC berhubung pendekatan untuk membangkitkan semula keyakinan terhadap ekonomi.

Sebanyak empat sidang media dijadualkan sepanjang tempoh sidang tahunan CPPCC ini. Keempat-empat sidang media itu masing-masing memberikan fokus kepada pembaharuan struktur pembekalan, usaha memastikan rakyat menikmati hasil pembangunan, pembangunan hijau dan perlindungan ekologi serta pemulihan keyakinan terhadap ekonomi.

Lebih 5,000 wartawan, termasuk lebih seribu wartawan asing, telah mendaftarkan diri untuk membuat liputan tentang sidang tahunan CPPCC dan NPC ini.

Sebagai organ utama bagi melaksanakan permesyuaratan politik antara pelbagai parti di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC), CPPCC berperanan sebagai saluran penting untuk menyemarakkan demokrasi secara berunding.

CPPCC, yang menjadikan perpaduan dan demokrasi visi utamanya, telah memberikan sumbangan yang besar untuk menyatupadukan pelbagai golongan masyarakat demi pembangunan negara. Usul-usul yang dikemukakan oleh anggota CPPCC melalui tinjauan yang bersungguh-sungguh, mencerminkan hasrat rakyat dan penting bagi pembangunan sisioekonomi negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China