Cari:
China Miliki Hak Kedaulatan terhadap Kepulauan Nansha
2016-03-03 11:28:22 CRI Cetak

Kedaulatan China terhadap Kepulauan Nansha termasuk terumbu karang Wufang dan kawasan perairan sekitarnya tidak boleh dipertikaikan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurut beliau, sebuah bot nelayan asing terkandas di kawasan terumbu karang Wufang pada penghujung tahun lalu. Selepas cuba beberapa kali, pemilik bot itu gagal menundanya dan meninggalkan bot tersebut serta mengeluarkan semua kelengkapan penting dari bot itu.

Jabatan penyelamatan Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan China telah menghantar kapal penyelamat untuk menarik bot nelayan tersebut dari tempat terkandas, di samping menasihati bot-bot nelayan lain meninggalkan kawasan terbabit demi keselamatan.

Selepas operasi tersebut selesai, kapal China segera meninggalkan lokasi itu.

Demi memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, China bersedia untuk bersama-sama dengan negara ASEAN dalam melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China