Cari:
PBB Lulus Resolusi Sekatan Baharu terhadap DPRK
2016-03-03 14:50:33 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi 2270 semalam waktu tempatan, untuk mengenakan sekatan baharu yang lebih ketat terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Keputusan itu dicapai menerusi persetujuan sebulat suara 15 anggota majlis berkenaan.

Resolusi itu mengutuk tindakan DPRK yang menjalankan ujian nuklear dan melancarkan satelit dengan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik dan menggesa DPRK melepaskan rancangan pembangunan nuklearnya.

Resolusi tersebut juga telah menetapkan sekatan baharu yang lebih ketat terhadap rancangan peluru berpandu nuklear DPRK.

Menurut wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi, China membantah tindakan DPRK yang jelas melanggar resolusi PBB dengan menjalankan ujian nuklear dan melancarkan satelit menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.

Beliau menegaskan, China bertegas demi mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear, memelihara keamanan dan kestabilan Semenanjung Korea dan menyelesaikan pertikaian melalui dialog dan rundingan.

Resolui 2270 sejajar dengan prinsip dan saranan China dalam isu nuklear Semenanjung Korea. Oleh itu, China mengundi untuk menyokong usul resolusi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China