Cari:
Dua Perjanjian Isu Ukraine Dicapai
2016-03-03 15:02:22 CRI Cetak

Kumpulan ketiga pihak mengenai isu Ukraine yang terdiri daripada Ukraine, Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) dan Rusia telah mencapai dua perjanjian dalam rundingan di Minsk, ibu negara Belarus semalam.

Menurut wakil khas OSCE, Martin Sajdik, berdasarkan perjanjian tersebut pihak-pihak yang terlibat dalam konflik mesti menghentikan latihan menembak dalam lingkungan 15 kilometer dari garis sentuh dan melaksanakan operasi pembersihan periuk api.

Dilaporkan lagi, dokumen perjanjian tersebut perlu ditandatangani pemimpin kumpulan bersenjata di timur Ukraine sebelum mesyuarat menteri luar Jerman, Perancis, Ukraine dan Rusia hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China