Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou pada tahun ini, yang menjadi tumpuan seluruh dunia, sedang dalam proses persiapan.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang pleno delegasi Zhejiang, sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 hari ini.
Wang mahu Kementerian Luar bekerjasama dengan pihak berkuasa bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang untuk menjayakan sidang kemuncak tersebut. Beliau menyifatkan sidang kemuncak itu sebagai aktiviti diplomasi China yang paling penting pada tahun ini, dan juga program ekonomi yang menarik perhatian dunia.
Beliau turut menyuarakan harapan agar penganjuran Sidang Kemuncak G20 nanti dapat meningkatkan peranan dan status China dalam sistem tadbir urus ekonomi dan kewangan antarabangsa, di samping menggalakkan keterbukaan dan pembangunan bandar Hangzhou