Cari:
China Berwaspada terhadap Jepun
2016-03-08 15:18:27 CRI Cetak

China akan mengekalkan kewaspadaan terhadap kehadiran tentera Jepun di Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.

Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) dilaporkan akan menghantar kapal selam dan kapal pemusnah untuk melawat Filipina. Kapal pemusnah tersebut kemudian akan berlabuh di Teluk Cam Ranh, Vietnam.

Sehubung dengan itu, Hong menyatakan bahawa kerjasama antara negara-negara terbabit perlu kondusif bagi keamanan dan kestabilan serantau, tidak boleh ditujukan kepada pihak ketiga dan tidak boleh menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara lain.

Jepun pernah menduduki secara haram pulau-pulau di Laut China Selatan semasa Perang Dunia II. Maka, China mengekalkan kewaspadaan terhadap tindakan tentera Jepun yang berniat untuk kembali ke laut tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China