Cari:
Biden Lawat Palestin, Israel
2016-03-09 16:17:12 CRI Cetak

Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam memulakan lawatannya ke Israel dan Palestin yang berlangsung selama dua hari.

Lawatan Biden kali in bertujuan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai memorandum persefahaman (MoU) baharu yang bakal ditandatangani oleh AS dan Israel. MoU yang telah ditandatangani oleh AS dan Israel pada tahun 2007 akan tamat pada tahun depan.

Menurut perjanjian sedia ada, AS menyediakan bantuan ketenteraan yang bernilai USD 3 bilion (RM12.4 bilion) kepada Israel setiap tahun.

Dimaklumkan, AS bersedia untuk menambah bantuan ketenteraan kepada USD 5 bilion (RM20.7 bilion) pada setiap tahun dalam perjanjian baharu. Namun, Israel menyatakan bahawa selepas perjanjian nuklear Iran ditandatangani, ancaman dari Iran yang dihadapi oleh Isael semakin besar.

Pihaknya berharap agar AS dapat meningkatkan bantuan ketenteraan kepada USD 10 hingga 15 bilion (RM41 hingga 62 bilion) pada setiap tahun. Oleh sebab terdapat jurang yang besar antara kedua-dua pihak, maka tugas utama lawatan Biden kali ini adalah untuk menyelesaikan perselisihan tersebut.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China