Cari:
Hollande: Negara Anggota EU Perlu Berkongsi Bilangan Pelarian
2016-03-13 15:27:04 CRI Cetak

Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) perlu menerima bilangan pelarian yang diagih-agihkan, dan berkomited memelihara sempadan bersama untuk mengelakkan kemasukan pelarian.

Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan demikian dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat pemimpin dengan lebih 10 pemimpin parti demokratik sosial di Istana Elysee semalam. Mereka mengadakan perbincangan tentang krisis pelarian dan dasar ekonomi EU.

Hollande menyatakan, Perancis berjanji akan menerima 30 ribu orang pelarian dalam tempoh 2 tahun akan datang. Beliau berkata, negara-negara EU tidak patut hanya melaksanakan langkah-langkah kawalan di sempadan masing-masing, melainkan bersama-sama memelihara sempadan bersama di rim luar untuk mengelakkan kemasukan pelarian.

Tambah beliau, hubungan EU-Turki adalah telus dan jelas. EU akan meneruskan rundingan dengan Truiki tentang krisis pelarian dalam sidang kemuncak di Brussels pada 17 Mac nanti.

Holland melahirkan kebimbangan terhadap sebilangan besar pelarian mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyeludup melalui laut Aegean menuju ke negara-negara EU.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China