Cari:
Konsulat China di Melbourne Berikan Ingatan Keselamatan
2016-03-13 16:12:40 CRI Cetak

Konsulat Jeneral China di Melbourne semalam mengumumkan, terdapat pelajar China yang dirompak telefon bimbit dalam pergaduhan yang berlaku di bandar itu pada malam 12 Mac yang lalu. Konsulat itu telah menggesa pihak polis meningkatkan usaha untuk menjaga keselamatan di sekitar universiti-universiti, selain memberikan ingatan kepada warga China di Australia untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan pribadi.

Menurut media, dua kelompok kongsi gelap yang terdiri daripada lebih 200 orang bergaduh di pusat bandar Melbourne. Huru-hara itu telah melibatkan rakyat jelata sehingga terdapat penduduk cedera dalam pergolakan tersebut. Pihak polis telah menahan beberapa orang dan menjalankan siasatan yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China