Cari:
China Eratkan Hubungan "Paukphaw" dengan Myanmar
2016-03-22 15:47:19 CRI Cetak

Adakah hubungan China-Myanmar akan kekal baik? Adakah Myanmar dan China akan semakin renggang? Inilah topik yang banyak disebut oleh media Barat baru-baru ini, yang mengatakan bahawa hubungan China dan Myanmar akan berubah berikut peralihan politik di Myanmar.

Sebenarnya, Presiden Liga Kebangsan untuk Demokrasi (NLD) Myanmar, Aung San Suu Kyi telah memberikan jawapan semasa lawatannya ke China pada tahun lalu. Menurutnya, China adalah negara jiran Myanmar, jiran tidak dapat dipilih. Oleh itu, mengembangkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara ini merupakan perkara yang amat penting.

Presiden China, Xi Jinping telah mengutus kawat tahniah kepada Htin Kyaw yang dipilih sebagai Presiden Myanmar pada 15 Mac lalu. Dalam kawat tahniah itu, Xi berkata bahawa China dan Myanmar merupakan negara jiran yang baik, dan hubungan "paukphaw" mempunyai sejarah lama. Perkataan bahasa Myanmar "paukphaw" yang bermaksud persahabatan persaudaraan dalam kawat tahniah itu membawa makna yang amat penting, iaitu pertama mengenang kembali persahabatan antara China dengan Myanmar sejak kian lama, kedua mengiktiraf proses perdamaian politik di Myanmar, dan ketiga komited untuk menggalakkan hubungan rakan strategik komperhensif China-Myanmar yang mapan.

Baru-baru ini, Myanmar telah mengesahkan akan menghadiri Mesyuarat Pertama Pemimpin Negara-Negara Sungai Lancang-Mekong yang diadakan di bandar Sanya, provinsi Hainan pada 23 Mac. Mesyuarat ini memberikan wadah dan mekanisme baharu demi kerjasama pragmatik antara enam buah negara di aliran sungai Lancang-Mekong hingga melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang dalam majlis penutup sidang tahunan NPC minggu lalu menyatakan bahawa Parti Komunis China yang diketuai oleh Setiausaha Agung Xi Jinping, telah menghasilkan siri teori, pemikiran dan strategi baharu demi pentadbiran negara. China komited menubuhkan perkongsian strategik komprehensif dan membina komuniti yang berkongi nasib dengan luar. Antaranya termasuk mempergiat kerjasama dengan negara-negara terlibat sungai Lancang-Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China