Cari:
Pakistan Tahan 600 Suspek Pengganas
2016-03-30 14:55:02 CRI Cetak

Pasukan keselamatan Pakistan melancarkan operasi membanteras keganasan secara besar-besaran berikutan serangan bom berani mati di sebuah ta­man yang mengakibatkan kematian dan kecederaan yang serius di negara itu.

Kini, lima anggota militan telah ditembak mati, manakala lebih 600 suspek pengganas telah ditahan.

Pihak tentera turut merampas sejumlah besar senjata dan peluru dalam operasi sebanyak 160 kali itu.

Dilaporkan, Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif ketika menyampaikan ucapan kelmarin telah menyatakan iltizam kerajaan untuk membanteras keganasan.

Beliau menggesa semua negeri di negara itu melancarkan operasi berdasarkan maklumat risikan.

Tambah beliau lagi, matlamat kerajaan bukan sahaja mahu memerangi keganasan, malah turut menghapuskan ideologi ekstremisme hingga ke akar umbi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China