Cari:
Kenyataan Bersama Perubahan Iklim Pemimpin China-AS Dikeluarkan
2016-04-01 11:29:24 CRI Cetak

Kenyataan bersama pemimpin China-Amerika Syarikat (AS) mengenai perubahan iklim dikeluarkan di Washington semalam.

Menurut kenyataan itu, perubahan iklim merupakan tunggak utama dalam hubungan China-AS.

Pemimpin kedua-dua negara bersepakat untuk memeterai Perjanjian Paris pada 22 April ini.

Mereka berikrar akan berusaha bersama-sama demi menggalakkan pelaksanaan perjanjian tersebut bagi menangani cabaran iklim, selain melaksanakan transformasi ekonomi yang rendah karbon dan mesra alam.

Dalam pada itu, pemimpin kedua-dua negara turut komited untuk mengambil pelbagai tindakan dalam usaha melaksanakan deklarasi bersama yang telah dicapai pada bulan September 2015, iaitu pemberian bantuan dana kepada projek yang menggunakan teknologi rendah karbon.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China