Cari:
Xi Jinping Kembali ke China
2016-04-02 15:18:39 CRI Cetak
Selepas menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) ke-4 di Washington, Presiden China Xi Jinping telah kembali ke China.

Dalam rangka lawatan tersebut, beliau telah menghadiri semua aktiviti rasmi sempena NSS berlangsung dari 31 Mac hingga 1 April. Beliau telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Kukuhkan Sistem Keselamatan Nuklear Antarabangsa, Tingkatkan Tadbir Urus Keselamatan Nuklear Global", membentangkan polisi dan pendirian China dalam isu keselamatan nuklear serta menerangkan kemajuan terbaharu China dalam bidang ini.

Selain itu, Presiden Xi telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama. Kedua-dua pemimpin telah bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu antarabangsa dan serantau yang penting.

China dan AS telah mengeluarkan Kenyataan Bersama China-AS tentang Kerjasama Keselamatan Nuklear, dan Kenyataan Bersama Pemimpin China-AS mengenai Perubahan Iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China