Cari:
Transformasi Ekonomi China Signifikan
2016-04-04 15:08:22 CRI Cetak

Hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan AS menjadi lebih rapat dan seimbang jika berbanding dengan 15 tahun lalu. Di samping itu, transformasi ekonomi dan pasaran pengguna yang besar di China amat penting bagi pertumbuhan ekonomi AS pada masa akan datang.

Demikian dinyatakan oleh Dekan Sekolah Wharton, University Pennsylvania AS, Geoffrey Garrett ketika menyampaikan ucapan dalam Sidang Kemuncak China-AS Wharton yang diadakan di Philadelphia pada 2 April lalu.

Kata beliau, China bukan sahaja pangkalan pengeluaran bagi syarikat multinasinal AS, tetapi juga menyediakan pasaran besar kepada syarikat tersebut.

Tambah beliau, bukanlah perkara yang mudah bagi China untuk menjadikan penggunaan sebagai penggerak utama ekonomi daripada pelaburan dan pengeksportan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kejayaan transformasi ekonomi China amat signifikan bagi China dan AS. Penggunaan daripada golongan kelas menengah di China bakal menjadi pemacu penting ekonomi global.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China