Cari:
PM Sri Lanka Lawat China
2016-04-05 14:40:45 CRI Cetak
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 6 hingga 9 April ini.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau ke China selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri tahun lalu.

Wickremesinghe ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China di Colombo, ibu negara Sri Lanka baru-baru ini menyatakan bahawa lawatannya bertujuan untuk terus memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dengan China.

Ketika menyentuh projek pelaburan terbesar China di Sri Lanka, iaitu pembinaan bandar pelabuhan Colombo, beliau berkata, pihaknya merancang untuk membangunkan bandar itu sebagai zon perniagaan dan kewangan khas Sri Lanka, selain menyediakan platform dan perkhidmatan transaksi perniagaan dan kewangan antarabangsa bagi mengisi kekosongan sebagai pusat kewangan Asia Selatan antara Singapura dengan Dubai.

Tambah beliau, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan oleh pemimpin China amat dialu-alukan oleh kerajaan negaranya.

Sejak zaman dahulu, Sri Lanka merupakan bahagian penting dalam laluan sutera maritim purba China.

Di bawah rancangan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Sri Lanka berharap agar menjadi pusat laluan sutera maritim di kawasan perairan Lautan Hindi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China