Cari:
Tentera AS Tubuh 123 Unit Siber
2016-04-06 14:19:47 CRI Cetak

Tentera AS telah menubuhkan 123 unit siber setakat ini dengan 27 antaranya mempunyai kemampuan beroperasi sepenuhnya.

Demikian dinyatakan Ketua Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat, Michael Rogers pada sesi pendengaran Kongres AS semalam.

Menurut beliau, unit siber itu mula ditubuhkan pada tahun 2013.

Pihaknya menyasarkan penubuhan 133 unit siber yang mempunyai kemampuan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2018 dengan melibatkan 6,187 anggota tentera.

Tambah beliau lagi, unit siber tentera AS tersebut dibahagikan kepada tiga cawangan yang masing-masing menumpukan operasi dalam melancarkan serangan, melindungi rangkaian dalaman Jabatan Pertahanan dan melindungi infrastruktur penting dalam negeri seperti bekalan elektrik dan stesen janakuasa nuklear.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China