Cari:
Rumah Api di Terumbu Zhubi Siap Dibina
2016-04-06 14:20:36 CRI Cetak

Upacara perasmian rumah api di Terumbu Zhubi, kawasan perairan Laut China Selatan telah diadakan oleh Kementerian Pengangkutan China pada 5 April lalu.

Rumah api setinggi 55 meter dengan diameter 4.5 meter itu mula dibina pada bulan Oktober 2015 dan dipantau melalui teknologi kawalan jarak jauh Beidou.

Sorotan lampu tersebut boleh mencecah sehingga 22 batu nautika.

Rumah api itu akan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada kapal-kapal yang melalui perairan berkenaan, termasuk penentuan kedudukan, pemanduan arah dan maklumat keselamatan, selain membantu operasi menyelamat dijalankan dengan lebih berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China