Cari:
Tiket Sukan Olimpik Rio Hanya Separuh Terjual
2016-04-07 09:36:28 CRI Cetak

Hanya tinggal empat bulan sahaja lagi sebelum bermulanya temasya Sukan Olimpik Rio 2016, namun prestasi penjualan tiket dilaporkan tidak begitu memberangsangkan.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Rio mendedahkan pada 2 April lalu, setakat ini hanya separuh tiket berjaya dijual, selain itu, terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan mengganggu kerja-kerja persiapan sukan tersebut.

Menteri Sukan Brazil ketika diwawancara oleh media negaranya berkata, pihaknya sedang giat melancarkan pelbagai program untuk merangsang penjualan tiket, antaranya termasuk pembelian tiket-tiket Sukan Paralimpik oleh kerajaan untuk dihadiahkan kepada sekolah-sekolah yang berkaitan.

Sukan Olimpik Rio 2016 yang bakal diadakan pada 5 hingga 21 Ogos ini merupakan sukan olimpik yang pertama diadakan di Amerika Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China