Cari:
Brazil Umum Pelan Tindakan Kesihatan
2016-04-08 09:45:39 CRI Cetak

Baru-baru ini, kerajaan Brazil dan pihak berkuasa bandar Rio telah mengumumkan pelan tindakan kesihatan sempena temasya Sukan Olimpik Rio 2016 dan menyatakan bahawa wabak Zika dan demam denggi tidak akan merebak secara berleluasa semasa berlangsungnya temasya sukan tersebut.

Menurut Menteri Kesihatan Brazil, Marcelo Castro, kerajaan berasa bimbang akan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti virus Zika dan demam denggi. Namun, oleh sebab Sukan Olimpik Rio bakal diadakan pada musim sejuk, maka kes-kes yang melibatkan penyakit tersebut dijangka kurang.

Menurut pelan tindakan itu, kerajaan akan menggaji 2,500 pekerja sementara untuk memberikan perkhidmatan kepada para pesakit, atlet dan pegawai kontinjen yang menerima rawatan di klinik-klinik khas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China