Cari:
Anak Paul Walker Terima Pampasan RM39 Juta
2016-04-11 13:46:59 CRI Cetak

Anak perempuan tunggal Paul Walker, Meadow, menerima pampasan bernilai USD 10.1 juta (RM39 juta) melalui satu perintah mahkamah berkenaan kemalangan maut yang menimpa bapanya pada tahun 2013.

Bayaran pampasan tersebut dibayar daripada harta milik mendiang Roger Rodas, rakan bapanya yang juga merupakan pemandu kereta ketika kemalangan tersebut berlaku.

Rodas juga terbunuh dalam kemalangan apabila Porsche Carrera GT yang dipandunya terbabas melanggar pokok dan terbakar di Santa Clarita, California pada Disember 2013.

Menurut peguam Meadow, Jeff Milam, pampasan tersebut dituntut kerana Rodas turut dianggap bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Ketika kematiannya, Walker sedang menjalani penggambaran Furious 7, filem ketujuh francais Fast & Furious.

(sumber Astro Awani)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China