Cari:
China Tegaskan Pendirian dalam Isu Laut Timur dan Laut China Selatan
2016-04-12 12:52:04 CRI Cetak

Pendirian China dalam isu Laut Timur dan Laut China Selatan dikekalkan dengan tegas. Aktiviti pembinaan China di atas beberapa pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha China sama sekali urusan dalam lingkungan kedualatan China. Serentak itu tidak wujud sebarang masalah dalam kebebasan pelayaran dan penerbangan di kawasan perairan dan ruangan udara di Laut China Selatan. China memelihara dengan tegas kedaulatan dan keutuhan wilayah serta hak dan kepentingan maritim negara sendiri, serentak itu komited dalam menyelesaikan pertikaian melalui rundingan dengan negara yang terbabit berdasarkan sikap menghormati fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa. China tidak akan menerima dan menyertai sebarang proses timbang tara yang haram.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika diminta mengulas mengenai Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) mengeluarkan kenyataan berhubung isu maritim semalam yang melibatkan isu Laut Timur dan Laut China Selatan.

Lu Kang menyuarakan ketidakpuasan terhadap tindakan G7 tersebut dan menggesa negara anggota G7 agar menghentikan semua ucapan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya perlu memainkan peranan yang bersifat membina terhadap kedamaian dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China