Cari:
China Hargai Sikap Rusia yang Menentang Antarabangsakan Pertikaian Laut China Selatan
2016-04-14 11:23:50 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menyatakan penghargaan terhadap sikap Rusia mengenai isu Laut China Selatan dalam sidang media semalam.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dalam sidang media mengenai lawatannya ke negara Asia kelmarin memberitahu wartawan dari China, Jepun dan Mongolia bahawa semua negara yang terlibat dalam isu Laut China Selatan sepatutnya terus mencari kaedah penyelesaian secara politik yang boleh diterima kedua-dua pihak. Negara yang tidak terlibat langsung isu itu digesa menghentikan sebarang langkah campur tangan dan niat yang mengantarabangsakan isu itu. Sebarang cubaan untuk menggembar-gemburkan dan mengantarabangsakan isu Laut China Selatan tidak akan berjaya.

Sehubungan dengan itu, Lu Kang menyatakan bahawa sebarang negara dan tokoh yang benar-benar menumpukan perhatian terhadap kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan sewajarnya menyokong China dan negara yang terlibat menyelesaikan pertikaian melalui rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa, perjanjian dua hala berkenaan dan peraturan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC).

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China