Cari:
Fujian Promosi Ekonomi dan Perdagangan di Singapura
2016-04-19 13:44:28 CRI Cetak

Sidang promosi ekonomi dan perdagangan provinsi Fujian, China yang bertemakan "Fujiang yang baharu, peluang yang baharu, kerjasama yang baharu" diadakan di Singapura semalam. Lebih 100 perwakilan dari International Enterprise Singapore (IE Singapore), Persatuan Industri dan Perniagaan Singapura, kerajaan dan perusahaan provinsi Fujian turut menghadiri aktiviti ini.

Fujian sebagai tempat permulaan Jalan Sutera Laut telah menjalinkan kerjasama yang rapat dengan Singapura sejak zaman dahulu. Kapal dagang China pertama pun berlepas dari bandar Xiamen, provinsi Fujian ke Singapura ketika pelabuhan baru digunakan di negara itu pada tahun 1821. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Fujian dan Singapura telah menjalankan kerjasama dalam pelbagai bidang, antaranya ekonomi dan perdangangan, sains dan teknologi, pendidikan, sosiobudaya, dan latihan tenaga profesional. Dalam pada itu, Singapura pula menjadi wadah penting demi perusahaan Fujian menembusi pasaran antarabangsa. Kini, sebanyak 39 buah syarikat dari Fujian melabur di Singapura, antaranya 25 buah syarikat disenarikan dalam bursa saham di negara itu.

Fujian mempunyai kelebihan dari segi geografi sendiri dalam Laluan Sutara Laut Abad ke-21 dalam Inisiatif"Jalur dan Laluan" (B&R). Fujian dan Singapura akan terus mempergiat kerjasama dalam pembinaan kemudahan infrastruktur, kerjasama perusahaan perikanan laut, dan pelaburan antara satu sama lain.

Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian Parti Komunis China, You Quan menjelaskan bahawa, kini sejumlah besar projek pembinaan kemudahan infrastruktur, wadah perkongsian maklumat e-dagang rentas sempadan dan logistik, dan taman perindustrian di luar negara sedang dijalankan secara berperingkat-peringkat. Fujian akan memanfaatkan Laluan Sutera Laut Abad ke-21, mengutamakan Asia Tenggara demi menggalakkan pelaburan antara satu sama lain dan kerjasama sosiobudaya.

Ketua Pengarah Persatuan Industri dan Perniagaan Singapura, Teo Siong Seng pula menyatakan bahawa sejajar dengan pembinaan B&R, Singapura dan Fujian akan terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pengurusan pelabuhan, taman logistik, pusat pemungutan dan penyebaran, serta pusat pengedaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China