Cari:
China Bidas Komen Britain Berhubung Pertikaian Laut China Selatan
2016-04-21 14:24:55 CRI Cetak

China berang selepas seorang diplomat Britain melemparkan dakwaan tidak berasas dengan menyatakan bahawa ketegangan yang kian memuncak di Laut China Selatan berpunca daripada tindakan tegas Beijing menuntut kedaulatan ke atas wilayah itu.

Bantahan itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam taklimat harian di Beijing semalam, berikutan kata-kata tidak bertanggungjawab yang terbit daripada mulut Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Britain, Hugo Swire di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Amerika Syarikat (CSIS) di Washington, Isnin lalu.

Swire berkata, Britain akan berdiri teguh di sisi Amerikat Syarikat (AS) dalam mendukung keputusan Tribunal The Hague mengenai kes timbang tara pertikaian Laut China Selatan yang mengikat Filipina dan China.

Namun, dakwaan pegawai Britain itu mendapat kritikan daripada kerajaan China.

Hua Chunying berkata, dakwaan Swire tersebut mengabaikan fakta, bersifat diskriminatif dan pilih kasih serta bertentangan dengan janji London untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Beliau menegaskan, ketegangan di Laut China Selatan merupakan kesalahan AS dan Filipina, bukan China, kerana kapal dan pesawat AS sering muncul di kawasan perairan berkenaan.

Mengenai kes timbang tara yang dikemukakan sepihak oleh Filipina, Hua mengulangi pendirian Beijing bahawa China tidak akan menerima dan terlibat dalam kes tersebut kerana hal itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China