Cari:
Apa Kehendak AS di Laut China Selatan?
2016-04-22 17:59:49 CRI Cetak
Tindakan Beijing menempatkan kemudahan pertahanan di Kepulauan Nansha sebenarnya dilakukan di wilayah sendiri.

Demikian ditekankan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam taklimat rutin hari ini, berikutan kritikan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken yang mempersoalkan niat China dalam menebus guna tanah di Laut China Selatan, ketika berucap di Universiti Kebangsaan Hanoi di Vietnam, 21 April lalu.

Blinken mencela projek tebus guna tanah yang dijalankan Beijing di Laut China Selatan, dan mendakwa Washington akan terus melakukan penerbangan dan pelayaran secara bebas di mana-mana tempat di sisi undang-undang antarabangsa.

Namun, pihak China memandang gerak-geri AS di perairan berkenaan sebagai provokasi untuk memuncak lagi ketegangan. Hua Chunying menuntut negara itu supaya memberikan penjelasan yang rasional kepada China mengenai tujuan menambah kehadiran tenteranya di kawasan perairan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China