Cari:
Perancis Beri Amaran kepada DPRK Susulan Ujian SLBM
2016-04-24 16:42:08 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dipercayai melakukan ujian peluru berpandu balistik dilancarkan kapal selam (SLBM) di perairan timur Semenanjung Korea, petang semalam.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan enggan memberikan maklumat lanjut mengenai pelancaran peluru berpandu itu, termasuk sama ada ia berjaya atau tidak. Tentera republik itu sedang memantau dengan teliti tindak-tanduk DPRK dan sekiranya perlu, bakal melakukan tindakan balas.

Dimaklumkan, keupayaan melancarkan SLBM membolehkan tentera DPRK bergerak lebih dekat kepada sasarannya, tanpa cepat dikesan, sebelum melancarkan serangan. Ujian kali ini merupakan percubaan terbaru Pyongyang untuk meningkatkan keupayaan strategik ketenteraannya bagi menentang Amerika Syarikat dan sekutunya di Asia.

Dalam pada itu, Perancis mengkritik tindakan Pyongyang sebagai pelanggaran jelas resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Romain Nadal berkata, pelan pelancaran menggunakan teknologi peluru berpandu balistik dan program pembangunan senjata nuklear oleh DPRK adalah ancaman serius kepada keselamatan serantau dan antarabangsa. Beliau menggesa Pyongyang menahan diri daripada tindakan yang menimbulkan ketidakstabilan lanjut di rantau ini dan beralih kembali ke landasan yang betul dengan mengambil langkah wajar mematuhi komitmen dan peraturan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China