Cari:
Dua Insiden Tembakan di AS, 14 Maut
2016-04-24 16:43:31 CRI Cetak

Sebanyak 14 orang maut ditembak dalam dua kejadian berasingan di Ohio dan Georgia, Amerika Syarikat (AS), 22 April lalu.

Pihak polis tempatan berkata, dalam kejadian di Pike County, Ohio, sebanyak lapan mayat ditemukan di empat lokasi berasingan, dan semua mangsa merupakan orang dewasa kecuali seorang remaja lelaki yang berumur 16 tahun. Mereka berasal daripada keluarga yang sama, terbunuh akibat ditembak pada kepala.

Motif kejadian itu masih belum diketahui dan sekurang-kurang­nya seorang suspek masih bebas dan tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian berasingan di utara Georgia, lima terbunuh apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah rumah di Johnson Drive.

Penembak dikenali sebagai Wayne Anthony Hawes, 50, turut dijumpai mati beberapa jam kemudian di rumahnya akibat membunuh diri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China