Cari:
AIIB, ADB Tandatangani MoU
2016-05-03 16:18:11 CRI Cetak

Presiden Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), Jin Liqun dan Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Takehiko Nakao menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak.

Antara kerjasama berkenaan termasuklah projek pembiayaan bersama. Selain itu, kedua-dua pihak juga akan mengadakan rundingan peringkat tinggi secara berkala.   

Jin berkata, AIIB mengalu-alukan perkongsian dengan ADB, dan meningkatkan kolaborasi untuk memenuhi keperluan pembiayaan infrastruktur di rantau Asia.

Nakao memuji kerjasama tersebut dan menyatakan bahawa ADB telah mengadakan kerjasama yang erat dengan AIIB dalam proses penubuhan AIIB.

Beliau berpendapat, kedua-dua pihak akan mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan mampan serantau serta usaha mengurangkan kemiskinan dan menangani perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China