Cari:
Perancis, AS Lancar Serangan Udara terhadap IS di Iraq
2016-05-03 16:19:53 CRI Cetak

Menurut laman web Kementerian Pertahanan Perancis semalam, tentera Perancis dan AS telah melancarkan serangan udara bersama-sama terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq baru-baru ini.

Serangan kali ini menyasarkan kilang IS di wilayah al-Qaim di tengah Iraq, yang mengeluarkan bom buatan sendiri dan bahan mentah kenderaan serangan bom berani mati.

Pada malam 29 dan 30 April lalu, tentera Perancis menghantar pesawat pejuang Dassault Rafale dan Dassault Mirage 2000 untuk menyertai pesawat tempur AS bagi melancarkan serangan udara.

Sasaran berkenaan musnah sama sekali selepas diserang oleh tentera Perancis dan AS.

IS telah berulang kali melancarkan serangan bom di beberapa kawasan di Iraq baru-baru ini hingga mengakibatkan beratus-ratus orang awam maut dan cedera sejak Januari lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China