Cari:
Ban Ki-moon Gesa Gencatan Senjata di Syria
2016-05-03 12:50:30 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam menggesa pihak-pihak yang berkonflik di Syria melaksanakan gencatan senjatan dengan segera bagi mengelakkan orang awam yang tidak berdosa menjadi korban.

Ban dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi jurucakapnya berkata, pertempuran yang semakin sengit di bandar Aleppo telah menyebabkan angka kematian yang melibatkan orang awam terus meningkat.

Gencatan senjata perlu dilaksanakan di bandar Aleppo dan beberapa kawasan lain dengan mencontohi gencatan senjata yang telah dilaksanakan di Damsyik baru-baru ini.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Rusia supaya menggandakan usaha bagi mewujudkan gencatan senjata dalam usaha mengurangkan penderitaan rakyat Syria, di samping mendorong rundingan damai Geneva bagi menyelesaikan krisis Syria.

Pada hari yang sama, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov telah menghubungi Setiausaha Negara AS, John Kerry menerusi telefon untuk membincangkan situasi semasa Syria.

Kedua-dua pihak menggesa pihak-pihak yang terlibat di Syria melaksanakan mekanisme gencatan senjata dengan bersungguh-sungguh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China