Cari:
DPRK Tidak Akan Guna Senjata Nuklear Terlebih Dahulu
2016-05-08 15:19:53 CRI Cetak

Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), Setiausaha Pertama Parti Pekerja Korean (KWP), parti pemerintah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un dalam Kongres Kebangsaan ke-7 KWP menyatakan bahawa DPRK tidak akan menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu kecuali kedaulatan diceroboh oleh musuh dengan serangan nuklear.

Menurut Kim, DPRK antara negara pemilik senjata nuklear yang bertanggungjawab. Pihaknya akan melaksanakan kewajipan mengawal senjata nuklear bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa dan memberikan sumbangan demi mewujudkan dunia yang bebas daripada nuklear.

Tambah beliau lagi, DPRK akan terus membangunkan sains angkasa, di samping menghasilkan dan melancarkan lebih banyak satelit yang digunakan dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China