Cari:
Depp Aju Permohonan Maaf
2016-05-11 14:26:50 CRI Cetak

Bintang Hollywood, Johnny Depp, Ahad lalu, mengajukan permohonan maaf kerana membawa dua anjing ke Australia tanpa melalui kuarantin.

Sebuah mahkamah di Australia melepaskan isterinya, aktres Amber Heard, dengan syarat berkelakuan baik bulan lalu selepas beliau mengaku bersalah memalsukan dokumen perjalanan untuk menyeludup anjing jenis Yorkshire Terriers, Pistol dan Boo, ke negara itu.

Pasangan itu turut membuat permohonan maaf kepada Australia dalam bentuk video pendek, susulan terlepas daripada tuduhan mengimport haiwan secara haram dan tidak melalui proses kuarantin yang betul.

(sumber Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China