Cari:
Persidangan ISSG Bakal Diadakan
2016-05-11 14:57:43 CRI Cetak

Kumpulan Penyokong Antarabangsa Syria (ISSG) bakal mengadakan persidangan di Geneva pada 17 Mei nanti.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry di London semalam.

Menurut beliau, antara agenda perbincangan persidangan itu termasuklah tempoh dan kaedah pelaksanaan gencatan senjata serta proses politik Syria.

Tambah beliau, rundingan damai bagi menamatkan krisis Syria akan diadakan beberapa hari kemudian selepas persidangan itu berakhir.   

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Rusia dan AS baru-baru ini, kedua-dua negara akan memperkasakan kerjasama bagi memastikan gencatan senjata dapat dilaksanakan di seluruh Syria. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China