Cari:
Tentera Laut China Usir Kapal Tentera AS Yang Hampiri Kepulauan Nansha
2016-05-11 14:13:52 CRI Cetak

Jurucakap Penerangan Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun semalam menyampaikan taklimat berhubung dengan tindakan kapal tentera Amerika Syarikat (AS) menghampiri pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha China.

Menurut Yang Yujun, kapal tentera AS, USS William P. Lawrence DDG-110 telah memasuki kawasan perairan tersebut tanpa keizinan kerajaan China. Pihak tentera China segera mengambil tindakan, termasuk mengerahkan dua buah jet pejuang Jian-11 dan sebuah jet Yun-8 ke ruang udara kepulauan berkenaan untuk membuat rondaan. Selain itu, kapal pembinasa peluru berpandu Guangzhou, kapal frigat peluru berpandu Mianyang dan Linfen mengenalpasti dengan segera jenis kapal tentera AS itu dan memberikan amaran untuk mengusir kapal tersebut.

Tambah Yang Yujun lagi, tindakan kapal tentera AS itu merupakan provokasi yang serius. Sebelum ini, China telah berulang kali mengingatkan AS bahawa tindakan seumpama itu sangat berbahaya, di samping memberikan amaran yang tegas kepada mereka. Namun tentera AS sekali lagi menghantar kapal tentera ke kawasan perairan berkenaan semata-mata untuk mencetuskan provokasi terhadap China.

Yang Yujun berkata, China akan meningkatkan tahap rondaan di kawasan perairan dan ruang udara berkenaan, selain memperhebat pembinaan keupayaan pertahanan demi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara, memelihara kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan.

USS William P. Lawrence DDG-110

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China