Cari:
Obama Bakal Lawat Hiroshima
2016-05-11 14:49:52 CRI Cetak

Jepun dan Amerika Syarikat (AS) membuat pengumuman serentak semalam yang memaklumkan bahawa Presiden AS, Barack Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Jepun, di samping mengadakan lawatan ke Hiroshima pada 27 Mei ini.

Namun, pihak AS menyatakan bahawa lawatan itu bukan bertujuan untuk meminta maaf kepada Jepun atas tragedi pengeboman Hiroshima semasa Perang Dunia II.

Menurut kerajaan Jepun, Sidang Kemuncak G7 akan diadakan di Ise-Shima Jepun pada 26 dan 27 Mei. Semasa mengunjungi Hirohima, yang berjarak lebih 400 kilometer dari Ise-Shima, Obama akan diiringi Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Menurut laporan media Jepun, Obama merupakan Presiden AS yang pertama mengadakan lawatan ke Hiroshima ketika masih dalam tempoh perkhidmatan.

Sebelum ke Jepun, Obama akan melawat ke Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China