Cari:
China Bantah AS Putarbalikkan Dasar Pertahanan China
2016-05-15 15:48:26 CRI Cetak

China membantah sekeras-kerasnya Amerika Syarika (AS) yang memutarbalikkan dasar pertahanan China dan tindakan China yang sah di Laut Timur dan Laut China Selatan.

Jurucakap Penerangan Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun semalam menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan AS mengeluarkan Laporan tentang Situasi Pembangunan Ketenteraan dan Keselamatan China 2016 yang terus mengheboh-hebohkan "ancaman ketenteraan China", mengulas dengan sewenang-wenangnya isu yang melibatkan pembaharuan tentera China, tindakan ketenteraan China di seberang laut, pembinaan kemudahan ketenteraan dan senjata, belanjawan ketenteraan, isu angkasa lepas, siber dan Taiwan.

Yang Yujun menyatakan bahawa China berpegang teguh terhadap dasar pertahanan yang bersifat defensif. China mengintensifkan pembaharuan dan meningkatkan pembinaan kemudahan ketenteraan dan senjata adalah untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah negara sendiri serta menjamin pembangunan negara secara damai. China mempunyai pendirian yang kekal dan jelas dalam isu maritim. Pembinaan pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha bukan hanya untuk memenuhi keperluan perlindungan wilayah, malah lebih banyak bertujuan menyediakan perkhidmatan untuk kegunaan awam agar menanggung tanggungjawab dan kewajiban antarabangsa dengan lebih baik.

Yang Yujun menegaskan bahawa tindakan AS yang mengeluarkan laporan tersebut setiap tahun telah menjejaskan kepercayaan antara satu sama lain, dan membelakangi trend perkembangan hubungan tentera dan negara China-AS. China menggesa AS menghentikan tindakan dan ulasan yang tidak bermanfaat kepada hubungan bilateral dan hubungan tentera kedua-dua negara, mengambil tindakan yang sebenar untuk menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua pihak dengan sihat dan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China