Cari:
AS, Arab Saudi Perkasa Kerjasama Antikeganasan
2016-05-16 14:02:37 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) menghargai sumbangan Arab Saudi untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai isu dengan Washington.

Demikian dinyatakan Setiausaha Negara AS, John Kerry semasa berbincang dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman mengenai kerjasama kedua-dua negara dalam krisis Syria dan isu antikeganasan.

Pada hari yang sama, semasa pertemuan dengan Putera Diraja dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Mohammed bin Nayef, Kerry juga menegaskan pentingnya kedua-dua negara memperkasakan kerjasama dalam operasi memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).

Sebelum ini, Kerry pernah mendedahkan tujuan lawatan beliau ke Arab Saudi adalah untuk menyelaras tindakan Washington dan Riyadh bagi memastikan perjanjian gencatan senjata dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Syria dan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China