Cari:
Pihak Berkuasa Filipina Digesa Gantungkan Kes Timbang Tara Berkaitan Isu Laut China Selatan
2016-05-17 12:55:29 CRI Cetak

Sarjana veteran undang-undang laut yang juga mantan Menteri Kehakiman Filipina, Estelito Mendoza kerap kali mempersoalkan kes timbang tara berkaitan isu laut China Selatan yang dikemukakan oleh Filipina secara sepihak. Baru-baru ini, beliau menggesa pihak berkuasa Filipina menggantungkan prosedur kes ini demi memberikan peluang kepada kerajaan baharu untuk membuat keputusan.

Pilihan raya Presiden diadakan di Filipina pada 9 Mei lalu. Presiden sekarang, Benigno Aquino III akan tamat perkhidmatannya pada 30 Jun, di samping presiden baharu akan mengangkat sumpah.

Mendoza ketika menyampaikan ucapan dalam satu mesyuarat di Manila baru-baru ini mengesyorkan pihak berkuasa Filipina agar mengemukakan permintaan kepada tribunal timbang tara antarabangsa menggantungkan prosedur tentang kes itu berikutan Benigno akan tamat perkhidmatannya pada 30 Jun, dan meminta tribunal itu membuat keputusan selepas 31 Julai supaya presiden baharu ada masa untuk mempertimbangkan hal ini sertamembuat keputusan, termasuk menarik balik kes ini.

Estelito Mendoza pernah memegang jawatan Peguam Negara dan Menteri Kehakiman. Beliau turut menyertai proses rundingan tentang penggubalan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada tahun 1982. Mendoza pernah kerap kali mempersoalkan kes timbang tara berkaitan isu Laut China Selatan yang dikemukakan oleh Filipina secara sepihak.

Beliau beranggapan bahawa menyelesaikan pertikaian laut secara damai dilihat sebagai keadah yang paling bijak, bukannya membelanjakan beberapa ratus juta peso dalam kos guaman dalam kes timbang tara.

Menurut beliau, pihak berkuasa Filipina tidak menyedari bahawa negara-negara lain hanya akan bertindak berdasarkan kepentingan masing-masing. Sekiranya pihak berkuasa Filipina mendakwa pihaknya telah mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Vietnam, ini salah faham sahaja, kerana "negara-negara tersebut mempunyai kepentingan masing-masing dalam hal ini."

Estelito Mendoza pernah mengiringi mantan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos mengadakan lawatan ke China pada tahun 1975. Menuruntya, Filipina mengejar campur tangan AS dan mengemukakan kes timbang tara secara sepihak antara tindakan "provokasi yang tidak mustahak" dan hanya akan merumitkan situasi semasa. Pada pandangan beliau, China komited mengadakan rundingan langsung dengan negara-negara yang terlibat langsung dalam isu Laut China Selatan, bukan campur tangan negara lain. "Filipina tidak sejawarnya melibatkan negara ketiga dalam hal ini, khususna AS." katanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China