Cari:
Presiden Perancis Sahkan Pesawat EgyptAir Terhempas
2016-05-20 14:28:18 CRI Cetak

Presiden Perancis, Francois Hollande mengesahkan bahawa pesawat EgyptAir yang hilang dari paparan radar ketika merentasi Laut Mediterranean sudah terhempas.

Beliau dalam kenyataan menerusi siaran televisyen semalam berkata, pihak-pihak terbabit perlu memastikan mereka mengetahui setiap perkara mengenai punca nahas itu dan tiada hipotesis akan diketepikan.

Menurut Hollande, Perancis akan menyertai operasi mencari dan menyelamat di kawasan laut dan udara.

Dalam perkembangan berasingan, Pejabat Presiden Perancis dalam kenyataan berkata, Paris dan Kaherah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bagi penyiasatan punca nahas tersebut.

Selain itu, pusat krisis untuk menangani nahas berkenaan ditubuhkan Kementerian Luar Perancis, manakala kedutaan besar negara itu di Mesir juga bertindak menyediakan bantuan kepada anggota keluarga mangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China