Cari:
Akhtar Mohammad Mansour Disahkan Mati
2016-05-23 14:54:48 CRI Cetak

Jabatan Keselamatan Afghanistan semalam dalam sebuah kenyataan mengesahkan kematian pemimpin tertinggi kumpulan militan Taliban, Akhtar Mohammad Mansour dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Menurut kenyataan itu, Akhtar Mohammad Mansour dipantau oleh AS baru-baru ini. Tentera AS melancarkan serangan udara di provinsi Baluchestan, selatan Pakistan pada petang 21 Mei lalu yang menyasar sebuah kereta yang membawa Mansour dan beberapa anggota Taliban yang lain.

Kematian Mansour turut disahkan oleh Pegawai Eksekutif Afghanistan, Abdullah Abdullah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China