Cari:
Kenyataan SCO Mengenai Isu Laut China Selatan
2016-05-25 15:24:39 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Rashid Alimov menyampaikan kenyataan mengenai isu Laut China Selatan, seleaps mesyuarat Menteri Luar SCO semalam.

Menurut kenyataan itu, pelbagai anggota SCO berpendapat bahawa memelihara dan mengukuhkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia-Pasifik, khususnya kawasan Laut China Selatan amat signifikan. Negara-negara anggota memahami dan menyokong usaha China untuk menjaga keamanan dan kestabilan di kawasan tersebut. 

Anggota SCO telah banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai isu berkenaan untuk menyokong prinsip Perlembagaan PBB, Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, dan Konvensyen PBB Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) sebagai prinsip asas untuk menangani isu Laut China Selatan.

Menurutnya, anggota SCO menyokong negara-negara terlibat menyelesaikan perselisihan tentang kedaulatan darat dan laut melalui rundingan damai di bawah rangka Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan Dengan Laut China Selatan" (DoC), menentang negara dari luar rantau berkenaan campur tangan dalam isu Laut China Selatan serta mengantarabangsakan isu itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China